Rabu, 11 Mei 2022 | 11:16pm
Aksi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun Kento, Momota pada saingan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok, hari ini. - Foto BERNAMA
Aksi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun Kento, Momota pada saingan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok, hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia dahului Jepun 1-0 aksi Piala Thomas

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mendahului Jepun 1-0 dalam saingan Piala Thomas bagi Kumpulan D di Bangkok, sebentar tadi.

Pemain perseorangan, Lee Zii Jia meraih mata pertama buat skuad negara selepas menewaskan Kento Momota 21-17, 21-8 dalam tempoh 46 minit.

Perlawanan kedua saingan ini antara beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menentang wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi sedang berlangsung.

Berita Harian X