Isnin, 9 Mei 2022 | 2:54pm
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain dari England Toby Penty pada Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. Lee Zii Jia menang dengan keputusan 21-10, 21-15. - Foto BERNAMA

Piala Thomas: Malaysia 'smash' England

KUALA LUMPUR: Seperti diramal, Malaysia melakar kemenangan pertama saingan Piala Thomas selepas menundukkan England 5-0 dalam aksi sulung Kumpulan D di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama selepas mudah menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15 sebelum beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan menerusi kemenangan ke atas Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16.

Pemain badminton beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang pemain dari England, Ben lane dan Sean Vendy pada Kejohanan Piala Thomas di Impact Arena hari ini. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menang dengan keputusan 19-21, 21-15, 21-16. - Foto BERNAMA

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika menentang pemain dari England, Johnnie Torjussen pada Kejohanan Piala Thomas di Impact Arena hari ini. - Foto BERNAMA

Ng Tze Yong yang diturunkan sebagai perseorangan kedua memastikan kemenangan awal skuad negara hasil kemenangan ke atas Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Pemain badminton beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ketika menentang pemain dari England, Rory Easton dan Zach Russ pada Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menang dengan keputusan 21-13, 21-9. - Foto BERNAMA

Pemain badminton perseorangan negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain dari England, Cholan Kayan pada Kejohanan Piala Thomas di Impact Arena hari ini. Leong Jun Hao menang dengan keputusan 21-11, 21-18. - Foto BERNAMA

Juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan meraih mata kelima selepas mengatasi Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Skuad lelaki negara akan bertemu Amerika Syarikat esok sebelum berdepan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Rabu ini.

Berita Harian X