Ahad, 1 Mei 2022 | 7:49pm
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sebak meraikan kejayaan selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Kompleks Muntinlupa, Manila, petang tadi. - Foto AFP

Zii Jia kini juara Asia

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di Manila, Filipina petang tadi.

Dalam aksi pentas akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa, Zii Jia menang straight set 21-17, 23-21 dalam pertarungan selama 45 minit.

Di set pertama, Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga apabila sentiasa berada di hadapan sebelum mencatat kemenangan.

Ketinggalan satu set, Jonatan cuba mencari rentak untuk bangkit di set kedua dengan hasrat mengheret perlawanan ke set penentuan, namun usahanya gagal apabila Zii Jia terus mendominasi perlawanan sekali gus merekodkan kemenangan 23-21.

Dari kiri ke kanan; Pemenang pingat perak, Jonatan Christie (Indonesia), pemenang pingat emas Lee Zii Jia dan pemenang pingat gangsa dari Indonesia Chico Aura Dwi Wardoyo dan Weng Hongyang dari China bergambar dengan pingat mereka selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Asia 2022 di Muntinlupa, Manila. - Foto AFP

Dalam pada itu, hasrat beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian merangkul gelaran sulung di pentas antarabangsa berkecai selepas tewas di tangan beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 tewas 21-23, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit itu.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan mereka terus kempunan meraih gelaran sulung sejak digandingkan pada 2017 dengan pencapaian terbaik tujuh kali muncul naib juara termasuk di Seluruh England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.

- BERNAMA

DARI kiri ke kanan; Pemenang pingat perak Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, pemenang pingat emas Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dan pemenang pingat gangsa Malaysia Goh Sze Fei, Nur Izzuddin dan Indonesia Muhammad Rian Ardianto, Fajar Alfian bergambar dengan pingat mereka selepas perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Badminton Asia 2022 di Muntinlupa, pinggir bandar Manila. - Foto AFP

Berita Harian X