Rabu, 23 March 2022 | 9:10am
Gambar fail - Aksi Rafael Nadal ketika bertemu pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz pada saingan separuh akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, California, Amerika Syarikat, 19 Mac lalu. - Foto AFP
Gambar fail - Aksi Rafael Nadal ketika bertemu pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz pada saingan separuh akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, California, Amerika Syarikat, 19 Mac lalu. - Foto AFP

Rusuk retak paksa Nadal rehat 6 minggu

MADRID: Rafael Nadal berkata dia tidak akan beraksi antara empat hingga enam minggu kerana mengalami retak pada satu daripada tulang rusuknya.

"Ini bukanlah berita baik dan saya tidak menjangkakannya," kata Nadal menerusi akaun Twitter miliknya dan tidak akan bermain pada permulaan musim gelanggang tanah liat kali ini.

Pemain Sepanyol itu akan diketepikan daripada kejohanan di Monte Carlo dan Barcelona dan mungkin akan kembali pada Masters Madrid 1 hingga 8 Mei nanti.

Nadal, yang menang Terbuka Australia tahun ini, kalah kepada pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz pada final Indian Wells Masters Ahad lalu, menamatkan kemenangan sempurna 20-0 pada permulaan 2022.

Dia berkata terpaksa bermain di Indian Wells "dengan rasa tidak selesa" dan menjalani pemeriksaan sekembalinya ke Sepanyol.

"Saya mengalami keretakan di satu daripada tulang rusuk dan akan berehat 4 hingga 6 minggu," kata Nadal.

- AFP

Berita Harian X