Sabtu, 12 March 2022 | 10:09pm
Aksi Zii Jia ketika menentang Vitidsarn di separuh akhir Terbuka Jerman.
Aksi Zii Jia ketika menentang Vitidsarn di separuh akhir Terbuka Jerman.

Zii Jia tumbang di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Hajat jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk mara ke final Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas di separuh akhir sebentar tadi.

Zii Jia, 24, yang diletakkan sebagai pilihan kelima dan menduduki ranking ketujuh dunia dikejutkan pemain muda dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 13-21, 12-31 dalam tempoh 41 minit.

Ia adalah kekalahan ketiga Zii Jia kepada pemain berusia 21 tahun dan menduduki ranking ke-20 dunia itu sekali gus membolehkan kedua-duanya kini terikat dengan rekod kemenangan 3-3.

Berdasarkan rekod, Vitidsarn adalah juara remaja dunia sebanyak tiga kali pada 2017, 2018 dan 2019.

Zii Jia yang tampil beraksi dalam kejohanan pertama sejak bergelar pemain profesional selepas memutuskan untuk meninggalkan skuad kebangsaan, Januari lalu akan mengalihkan tumpuan untuk mempertahankan kejuaraan Seluruh England, mulai Selasa ini.

Berita Harian X