Jumaat, 11 March 2022 | 9:59pm
Aksi Zii Jia ketika menentang Jun Peng di Terbuka Jerman.
Aksi Zii Jia ketika menentang Jun Peng di Terbuka Jerman.

Zii Jia mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir badminton Terbuka Jerman sebentar tadi.

Zii Jia yang tampil beraksi dalam kejohanan pertama sejak bergelar pemain profesional selepas memutuskan untuk meninggalkan skuad kebangsaan, Januari lalu menewaskan Zhao Jun Peng 21-12, 21-18 dalam masa 40 minit.

Berdasarkan rekod, ia adalah pertembungan pertama antara Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia dengan pemain ke-38 dunia dari China yang berusia 26 tahun itu.

Di separuh akhir esok, Zii Jia akan bertemu pemenang perlawanan antara Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dan pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

Kedua-dua pemain itu melangkah ke suku akhir dengan melakukan kejutan apabila Nishimoto menundukkan pilihan kedua yang juga rakan senegara, Kento Momota di pusingan pertama.

Vitidsarn pula menunjukkan jalan keluar buat Jonatan Christie yang juga pilihan keenam dari Indonesia di pusingan kedua semalam.

Berita Harian X