Khamis, 3 March 2022 | 8:44pm
Gambar fail - Presiden BAM, Tan Sri Mohd Norza Zakaria. - Foto NSTP/Nik Hariff Hassan.
Gambar fail - Presiden BAM, Tan Sri Mohd Norza Zakaria. - Foto NSTP/Nik Hariff Hassan.

BAM dapat lima bintang dari PJS

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diberi penarafan lima bintang bagi tahun 2021 oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Penarafan itu diberikan dalam satu surat ditandatangani Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof bertarikh 22 Februari lalu yang diutuskan kepada BAM .

"Syabas serta tahniah atas pencapaian tersebut dan diharapkan Persatuan Badminton Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan tadbir urus pada masa akan datang selaras dengan Akta 576," kata Ibrahim.

Dalam pada itu, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi Bernama memaklumkan penilaian diberikan kepada BAM membuktikan PJS mengiktiraf pendekatan persatuan itu dalam isu urus tadbir serta pembangunan sukan daripada peringkat remaja hingga ke peringkat tertinggi.

Katanya, pencapaian itu sudah semestinya menyuntik motivasi kepada BAM untuk terus memperkasakan urus tadbir, proses kewangan dan aspek lain seterusnya memastikan mereka kekal sebagai salah sebuah persatuan sukan terbaik di negara ini.

- BERNAMA

Berita Harian X