Sabtu, 19 Februari 2022 | 8:28pm
Aksi pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (kanan) ketika menentang beregu Korea, Kim Hwi Tae dan Kim Jaehwan pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias

Malaysia, Indonesia berentap di final

SHAH ALAM: Malaysia berpeluang melunaskan dendam di atas kekalahan dua tahun lalu apabila dijadual bertemu Indonesia pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, esok.

Terdahulu, skuad lelaki negara mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Indonesia pula mengesahkan tempat bagi perebutan gelaran juara selepas membenam cabaran Singapura 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada aksi final edisi 2020 di Filipina, skuad lelaki negara terpaksa akur apabila tewas 1-3 di tangan Indonesia.

Zii Jia menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. - NSTP/Aswadi Alias
Zii Jia menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. - NSTP/Aswadi Alias

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara menerusi kemenangan ke atas Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. - NSTP/Aswadi Alias
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara menerusi kemenangan ke atas Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. - NSTP/Aswadi Alias

Berita berkaitan:

  • Mesti jadi juara - Zii Jia
  • Berita Harian X