Jumaat, 18 Februari 2022 | 10:14pm
Aksi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia ketika bertemu wakil Jepun, Hatano Riku pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, hari ini. Zii Jia menang 15-21, 21-6, 21-15. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Malaysia diundi jumpa Korea Selatan aksi separuh akhir

SHAH ALAM: Malaysia dan Indonesia diramal membuat perhitungan pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di sini, selepas masing-masing dilihat berpeluang cerah untuk mengatasi lawan masing-masing dalam saingan separuh akhir, petang esok.

Dalam undian separuh akhir di sini, sebentar tadi, Malaysia yang muncul juara Kumpulan B saingan lelaki diundi bertemu Korea Selatan manakala Indonesia berdepan Singapura.

Jika pertemuan dua musuh tradisi itu menjadi kenyataan, ia akan mengulangi pertembungan kedua-dua pasukan di final edisi 2020 di Filipina yang menyaksikan Indonesia muncul juara selepas menewaskan Malaysia 3-1.

Sementara itu, saingan wanita menyaksikan skuad negara yang muncul juara Kumpulan Y turut diundi bertemu Korea Selatan manakala Indonesia yang mengungguli Kumpulan Z berdepan Jepun.

Jadual aksi Sabtu:

Wanita -

Malaysia mln Korea Selatan, 10 pagi

Indonesia mln Jepun, 10 pagi

Lelaki -

Malaysia mln Korea Selatan, 4 petang

Indonesia mln Singapura, 4 petang

Berita Harian X