Rabu, 19 Januari 2022 | 7:15pm
 Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Valeree Siow. - Foto ihsan Facebook BAM
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Valeree Siow. - Foto ihsan Facebook BAM

Peng Soon-Veleree Siow mara pusingan kedua

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Veleree Siow menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, hari ini.

Pilihan kelima kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan gandingan tuan rumah, Santosh Gajendran-Deethya Jagadish 21-16, 21-13 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung selama 22 minit.

Peng Soon-Valeree yang baru digandingkan awal tahun ini akan satu lagi pasangan India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menarik diri daripada aksi pusingan pertama hari ini sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada lawannya Adulrach Namkul dari Thailand untuk melangkah ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven mara ke pusingan kedua selepas S Sankar Muthusamy Subramanian dari India 21-18, 21-15.

Dia yang baharu menandatangani kontrak bersama dengan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) akan berdepan seorang lagi pemain India, Mithun Manjunath bagi perebutan slot ke suku akhir esok.

Berita Harian X