Ahad, 16 Januari 2022 | 6:56pm
Gambar fail - Reaksi pemain Serbia, Novak Djokovic ketika aksi pusingan keempat Terbuka Australia menentang pemain Kanada, Milos Raonic di Melbourne Park, Melbourne pada 14 Februari tahun lalu. Foto EPA.
Gambar fail - Reaksi pemain Serbia, Novak Djokovic ketika aksi pusingan keempat Terbuka Australia menentang pemain Kanada, Milos Raonic di Melbourne Park, Melbourne pada 14 Februari tahun lalu. Foto EPA.

Djokovic akhirnya dihantar pulang

MELBOURNE: Novak Djokovic hari ini hilang 'talian hayat' terakhir untuk mengelak dihantar pulang dari Australia bagi menamatkan pertarungan sensasi selama 11 hari berhubung status vaksinasi COVID-19 dirinya, sekali gus meranapkan impiannya memburu gelaran Grand Slam ke-21.

Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Australia, James Allsop mengetepikan percubaan pemain yang tidak divaksin itu yang mahu menentang pembatalan visanya.

"Mahkamah mengarahkan bahawa pengubahan untuk permohonan diketepikan," kata Allsop yang mengumumkan keputusan itu dibuat sebulat suara.

Juara bertahan yang juga pilihan kejohanan itu dijadual beraksi di sebelah petang pada hari pertama.

Sekiranya berjaya mempertahankan kejuaraan, dia bakal menjadi pemain lelaki pertama dalam sejarah yang memenangi 21 Grand Slam.

Namun, bintang antivaksin itu kena dikenakan penahanan sebelum menunggu penerbangan keluar dari Australia.

Menteri Imigresen, Alex Hawke berkata pendirian Djokovic mungkin menyemarakkan lagi sentimen antivaksin sehingga mengakibatkan segelintir menghadapi pandemik tanpa vaksin dan membuatkan aktivis antivaksin berhimpun untuk lakukan protes.

Pasukan undang-undang Djokovic melabel usaha Australia untuk menghantar pulang pemain itu sebagai 'tidak rasional' dan 'tidak munasabah.'

Peguamnya, Nick Wood berkata walaupun pemain itu tidak divaksin, dia tidak terbabit dengan sebarang sokongan kepada gerakan antivaksin dan tidak dikaitkan dengan gerakan terbabit.

"Kerajaan tidak tahu apa pandangan semasa Djokovic," kata Wood.

- AFP

Berita Harian X