Sabtu, 15 Januari 2022 | 9:27am
Pengamal media memenuhi tempat letak kereta pejabat peguam pemain tenis Serbia, Novak Djokovic dekat Melbourne, Australia. - Foto REUTERS
Pengamal media memenuhi tempat letak kereta pejabat peguam pemain tenis Serbia, Novak Djokovic dekat Melbourne, Australia. - Foto REUTERS

Djokovic kembali ditahan, Australia batal visa

MELBOURNE: Novak Djokovic sekali lagi ditahan di Australia hari ini selepas pihak berkuasa menarik kembali visa miliknya buat kali kedua dan mengisytiharkan bintang tenis tidak divaksin itu adalah ancaman kepada umum.

Dokumen mahkamah menunjukkan pemain Serbia berusia 34 tahun itu kini ditahan dekat Melbourne ketika rayuan terhadap pengusirannya sedang didengari.

Hanya dua hari sebelum bermula Terbuka Australia, pemain nombor satu dunia itu sekali lagi terpaksa fokus terhadap mahkamah berbanding tumpuan di gelanggang berkaitan status vaksin COVID-19.

Djokovic sekali lagi ditahan di Australia hari ini selepas pihak berkuasa menarik kembali visa miliknya buat kali kedua. - Foto AFP
Djokovic sekali lagi ditahan di Australia hari ini selepas pihak berkuasa menarik kembali visa miliknya buat kali kedua. - Foto AFP

Menteri Imigresen, Alex Hawke mendakwa jika Djokovic terus berada di negara berkenaan, ia boleh "menambah sentimen antivaksin" selain mencetuskan "rasa tidak tenteram dalam kalangan umum."

Djokovic diarahkan tampil bertemu pegawai imigresen di Melbourne sebelum proses Mahkamah Persekutuan hari ini dan esok.

Dia dibenarkan mengikuti prosiding dari satu alamat - dipercayai pejabat peguamnya - yang akan diawasi dua pegawai Anggota Sempadan Australia. - AFP

Berita Harian X