MELBOURNE: Bintang tenis, Novak Djokovic berkata semalam dia masih berharap dapat beraksi pada Terbuka Australia selepas menang 'pertarungan visa' menentang kerajaan Australia.
Hakim di Melbourne menukar keputusan membatalkan visa Djokovic berdasarkan latar belakang COVID-19 dan menamatkan penahanan pemain tidak divaksin itu yang mungkin memberi laluan baginya bermain dalam kejohanan bermula Isnin depan.
Penganjur kejohanan tenis lelaki, ATP, membalas dengan berkata: "Beberapa peristiwa yang membawa kepada proses mahkamah pada Isnin merosakkan banyak perkara termasuk kesihatan Novak serta persiapan ke Terbuka Australia."
Ibunya, Dijana, yang bercakap kepada wartawan di Belgrade, menganggap ia adalah "kejayaan terbesar dalam karier pemain itu, lebih besar berbanding semua grand slam pernah dimenanginya."
Djokovic menerusi twitter dari Melbourne berkata: "Selepas semua yang berlaku, saya mahu kekal di sini dan cuba bersaing di @AustralianOpen. Saya kekal fokus terhadapnya." - AFP