Isnin, 10 Januari 2022 | 10:24am
Penyokong Novak Djokovic berkumpul di bangunan Mahkamah Persekutuan dekat Melbourne ketika hakim akan mendengar tuntutan pemain itu untuk masuk ke negara berkenaan tanpa divaksin. - AFP
Penyokong Novak Djokovic berkumpul di bangunan Mahkamah Persekutuan dekat Melbourne ketika hakim akan mendengar tuntutan pemain itu untuk masuk ke negara berkenaan tanpa divaksin. - AFP

Hakim Australia mula dengar tuntutan Djokovic

MELBOURNE: Hakim yang mendengar proses undang-undang Novak Djokovic yang mencabar keputusan kerajaan Australia membatalkan visa kemasukannya mencetuskan kebimbangan mengenai bagaimana bintang Serbia itu dilayan oleh pegawai ketika tiba di negara berkenaan.

Hakim Anthony Kelly berkata, Djokovic sudah menerima pengecualian perubatan yang diperlukan sebelum dia terbang ke Australia dan menyerahkan bukti itu ketika tiba di lapangan terbang Melbourne pada petang Rabu.

"Perkara yang saya agak gelisah ialah apa lagi yang dilakukannya?" kata Kelly ketika peguam Djokovic mencabar keputusan kerajaan persekutuan untuk membatalkan visa pemain itu di lapangan terbang.

Djokovic yang ditahan dekat hotel imigresen selepas visanya ditarik balik, menyatakan bahawa jangkitan COVID-19 dialaminya membolehkan dia mendapat pengecualian daripada Australia terhadap semua pelawat yang dikehendaki menerima dua dos vaksin.

Kerajaan Australia bagaimanapun berkata, bukan warga negara berkenaan tiada hak mendapat jaminan kemasukan ke Australia.

Walaupun pemain Serbia itu menang di mahkamah sekalipun, kerajaan ada hak untuk menahannya sekali lagi dan menghantarnya pulang.

Keputusan kerajaan untuk membatalkan visa Djokovic akan mengganggu usaha pemain itu mencipta rekod 21 Grand Slam pada Terbuka Australia yang akan bermula di Melbourne 17 Januari ini. - REUTERS

Berita Harian X