KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diheret beraksi sehingga set penentuan sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, sebentar tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu mara selepas menyingkirkan lawan dari Kanada, Jason Anthony Ho-Shue di pusingan pertama.
Bagaimanapun, dia yang diletakkan sebagai pilihan keenam diberi tentangan sengit sebelum melakar kemenangan 21-10, 17-21, 21-11 ke atas Anthony Ho-Shue.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2011 akan membuat perhitungan dengan pemain Brazil, Ygor Coelho dalam aksi pusingan kedua yang dijadual berlangsung, Rabu ini.