Selasa, 28 September 2021 | 11:41pm
Ng Tze Yong memastikan mata dalam acara perseorangan dengan menundukkan Mohamed Mostafa.
Ng Tze Yong memastikan mata dalam acara perseorangan dengan menundukkan Mohamed Mostafa.

Malaysia ke suku akhir Piala Sudirman

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara mara ke suku akhir Piala Sudirman apabila mengetepikan Mesir 5-0 pada saingan Kumpulan D di Vantaa, Finland sebentar tadi.

Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei tidak bermasalah menundukkan Ahmed Salah/Nour Ahmed Youssri 21-6, 21-7 pada perlawanan pertama.

Ng Tze Yong yang turun selepas itu dalam acara perseorangan lelaki, memerlukan hanya 23 minit untuk menundukkan Mohamed Mostafa Kamel 21-8, 21-2

Eoon Qi Xuan melengkapkan mata kemenangan Malaysia selepas menundukkan Doha Hany 21-5, 21-7 dalam masa 23 minit.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun selepas itu menundukkan pasangan lelaki Mesir, Mohamed Mostafa Kamel-Ahmed Salah 21-7, 21-6.

Pasangan wanita negara, Teoh Mei Xing-Yap Ling melakar kemenangan 21-4, 21-9 mengatasi Nour Ahmed Youssri-Doha Hany pada saingan terakhir.

Khamis ini Malaysia akan membuat perhitungan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan D.

Format Piala Sudirman menetapkan hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Berita Harian X