Jumaat, 29 Januari 2021 | 4:36pm
Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok. - Foto ihsan FB BAM.
Aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok. - Foto ihsan FB BAM.

Perjuangan Aaron-Wooi Yik di Bangkok berakhir

KUALA LUMPUR: Perjuangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF berakhir selepas tewas dalam aksi terakhir Kumpulan B di tangan juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di Bangkok, sebentar tadi.

Pertembungan 'hidup mati' buat kedua-dua pasangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa akur apabila tewas 21-18, 17-21, 11-21 sekali gus gagal melangkah ke peringkat separuh akhir.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking nombor sembilan dunia menutup tirai kempen di Bangkok selama empat minggu dengan satu gelaran naib juara yang diraih pada saingan Terbuka Thailand Toyota, Ahad lalu.

Berita Harian X