X
Khamis, 16 Julai 2020 | 5:32pm
PEMAIN beregu campuran profesional, Chan Peng Soon (kiri).
PEMAIN beregu campuran profesional, Chan Peng Soon (kiri).

Peng Soon tak rasa malu

KUALA LUMPUR: Walaupun bergelar pemain elit, namun pemain beregu campuran profesional, Chan Peng Soon tidak malu untuk belajar sesuatu daripada pemain muda.

Dia dan gandingannya, Goh Liu Ying dipanggil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan secara bersama dengan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sebanyak dua kali seminggu bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, berkata dia juga sedia berkongsi ilmu dan pengalaman dimilikinya dengan pemain muda skuad kebangsaan.

"Saya rasa gembira dapat kembali ke ABM, rasa seperti pulang ke rumah sendiri. Ini adalah peluang untuk berkongsi pengalaman yang ada antara satu sama lain.

"Saya boleh kongsi pengalaman yang saya ada kepada pemain muda dan pastinya saya juga boleh belajar sesuatu daripada mereka," kata Peng Soon.

BAM turut memanggil enam lagi wakil profesional iaitu dua pemain perseorangan, Liew Daren dan Soong Joo Ven serta dua beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bagi menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Thomas yang bermula 3 hingga 11 Oktober depan.

Berita Harian X