X
Rabu, 15 Julai 2020 | 9:30pm
V Shem menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.
V Shem menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

Semua negatif COVID-19

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan semua lapan pemain profesional yang menjalani ujian saringan COVID-19, semalam disahkan negatif.

BAM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, semua pemain itu akan mula menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, esok.

"Persatuan akan memastikan SOP (prosedur operasi standard) terus dipatuhi seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

"Kesihatan dan kebajikan semua yang berada di pusat latihan badminton negara kekal menjadi keutamaan nombor satu kami," katanya.

Pemain profesional yang dipanggil untuk menjalani latihan secara bersama bagi persiapan ke Piala Thomas ialah dua pemain perseorangan, Liew Daren dan Soong Joo Ven serta dua beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut dipanggil bagi menjalani latihan dua kali seminggu di bawah program Road To Tokyo (RTT).

Berita Harian X