Selasa, 14 Julai 2020 | 5:13pm
Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM
Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM

'Malaysia memang kuat'

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem percaya Malaysia memiliki kekuatan yang mampu menjadi antara pencabar kejuaraan pada saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Ogos depan.

Dia yang bergandingan bersama Tan Wee Kiong, berkata kombinasi antara pemain muda dan berpengalaman mampu menjadi 'senjata' ampuh buat skuad kebangsaan di Aarhus nanti.

"Malaysia memang kuat. Sekarang ada Lee Zii Jia untuk perseorangan dan dia berkeyakinan tinggi. Kita juga ada beregu yang kuat iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mempunyai standard permainan yang tinggi.

"Keyakinan untuk menang itu kena ada kerana jika kurang, memang susahlah bermain dalam acara berpasukan dan menang di Piala Thomas," kata V Shem ketika ditemui selepas melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM
Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM

Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM
Pemain profesional lapor diri dan buat ujian saringan COVID-19. - Foto ihsan BAM

V Shem-Wee Kiong menjadi watak utama skuad negara dalam tiga edisi terakhir saingan berprestij itu sebelum ini dengan pencapaian terbaik ketika membantu Malaysia muncul naib juara pada 2014 di New Delhi, India.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu antara yang dipanggil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjalani latihan secara bersama sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dari 3 hingga 11 Oktober depan.

Turut melapor diri ialah dua perseorangan profesional, Liew Daren dan Soong Joo Ven selain beregu, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

Beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut dipanggil bagi menjalani latihan dua kali seminggu di bawah program Road To Tokyo (RTT).

V Shem juga tidak sabar untuk menuntut ilmu dengan ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baharu, Flandy Limpele yang dijangka memulakan tugasnya minggu depan selepas tamat tempoh kuarantin 14 hari sebaik tiba dari Indonesia, Jumaat lalu.

Berita Harian X