Jumaat, 29 Mei 2020 | 8:52pm
BAM mengadakan ‘dry run’ bagi memastikan semua SOP dipatuhi sebelum menyambut kepulangan pemain yang akan melapor diri bagi kem latihan pusat RTT bermula Isnin ini. - Foto Ihsan BAM
BAM mengadakan ‘dry run’ bagi memastikan semua SOP dipatuhi sebelum menyambut kepulangan pemain yang akan melapor diri bagi kem latihan pusat RTT bermula Isnin ini. - Foto Ihsan BAM

BAM buat 'dry run' sambut atlet RTT

KUALA LUMPUR: Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara sudah bersedia untuk menyambut kepulangan pemain yang akan melapor diri bagi menjalani kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT), Isnin ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini turut mengadakan 'dry run' bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik.

"Kami pun minta maklum balas daripada MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara). Jadi, diharapkan semua proses akan berjalan lancar pada Isnin nanti," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh kepada BH Sukan.

Turut hadir pada sesi 'dry run' hari ini ialah Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh. - NSTP/Owee Ah Chun
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh. - NSTP/Owee Ah Chun

Kerajaan sebelum ini mengumumkan semua atlet RTT dibenarkan untuk kembali menjalani latihan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini.

Kelonggaran khas itu membabitkan 207 individu termasuk 57 atlet bagi persiapan dan sesi latihan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun.

Bagaimanapun, mereka semua perlu mematuhi SOP ketat ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan termasuklah menggunakan pendekatan kuarantin (quarantine based approach) selama 30 hari bersamaan dua kali tempoh inkubasi.

Lebih kurang 46 individu termasuk pemain, jurulatih dan pegawai sains sukan terbabit dengan fasa pertama latihan bagi program RTT membabitkan sukan badminton.

BAM mengadakan ‘dry run’ bagi memastikan semua SOP dipatuhi sebelum menyambut kepulangan pemain yang akan melapor diri bagi kem latihan pusat RTT bermula Isnin ini. - Foto Ihsan BAM
BAM mengadakan ‘dry run’ bagi memastikan semua SOP dipatuhi sebelum menyambut kepulangan pemain yang akan melapor diri bagi kem latihan pusat RTT bermula Isnin ini. - Foto Ihsan BAM

Berita Harian X