Isnin, 18 Mei 2020 | 6:03pm
Tontowi (tiga dari kiri) ketika majlis penyampaian pingat Sukan Olimpik Rio 2016.
Tontowi (tiga dari kiri) ketika majlis penyampaian pingat Sukan Olimpik Rio 2016.

Tontowi gantung raket

JAKARTA: Pemain badminton beregu campuran terkemuka Indonesia, Tontowi Ahmad hari ini mengumumkan persaraannya dari arena sukan itu, selepas lebih setahun pasangannya Liliyana Natsir bersara pada 2019.

Tontowi, 32, dan Liliyana Natsir pernah menghampakan harapan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Rio 2016 selepas menewaskan pasangan Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada final acara itu 21-14, 21-12.

"Itu adalah puncak prestasi saya (pingat emas Sukan Olimpik)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Liliyana sebelum ini telah mengumumkan persaraannya pada Januari 2019, sebelum Tontowi kemudiannya berpasangan dengan pemain Winny Oktavina Kandow, namun kurang mencapai kejayaan dalam beberapa siri kejohanan badminton.

"Saya sudah mendapatkan pingat emas Olimpik, yang juga prestasi tertinggi untuk semua atlet," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X