X
Isnin, 16 March 2020 | 8:02am
Viktor Axelsen (kanan) menewaskan pemain Taiwan yang juga pilihan pertama, Chou Tien Chen dalam aksi final Seluruh England, malam tadi. - Foto Reuters
Viktor Axelsen (kanan) menewaskan pemain Taiwan yang juga pilihan pertama, Chou Tien Chen dalam aksi final Seluruh England, malam tadi. - Foto Reuters
Viktor Axelsen menjadi pemain pertama Denmark memenangi gelaran Seluruh England dalam tempoh 21 tahun. - Foto Reuters
Viktor Axelsen menjadi pemain pertama Denmark memenangi gelaran Seluruh England dalam tempoh 21 tahun. - Foto Reuters
Aksi Chou Tien-chen ketika bertemu Viktor Axelsen. - Foto Reuters
Aksi Chou Tien-chen ketika bertemu Viktor Axelsen. - Foto Reuters

Axelsen juara Seluruh England

LONDON: Viktor Axelsen menjadi pemain pertama Denmark memenangi gelaran Seluruh England dalam tempoh 21 tahun selepas dia menewaskan pemain Taiwan yang juga pilihan pertama, Chou Tien Chen dalam aksi final, malam tadi.

Axelsen yang tewas dalam aksi final tahun lalu di tangan pemain Jepun, Kento Momota menebus kekecewaan itu dengan melakar kemenangan 21-13, 21-14 ke atas Tien Chen di Arena Birmingham.

Kali terakhir wakil Denmark muncul juara adalah menerusi Peter Gade pada edisi 1999.

“Ia amat bermakna untuk saya. Ia adalah impian saya dan akhirnya ia menjadi kenyataan.

“Ini akan menjadi antara kejayaan terbesar sepanjang kerjaya saya. Saya berterima kasih kepada penonton sepanjang minggu ini sama ada di arena dan di media sosial,” kata Axelsen.

Tai Tzu Ying (kanan) tewaskan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Yufei dengan 21-19, 21-15. - Foto Reuters
Tai Tzu Ying (kanan) tewaskan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Yufei dengan 21-19, 21-15. - Foto Reuters

Sementara itu,  pemain perseorangan wanita, pemain Taiwan, Tai Tzu Ying muncul juara buat kali ketiga selepas menumbangkan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Yufei 21-19, 21-15.

Bagi acara beregu lelaki, gandingan Indonesia, Markus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo gagal melakar kejuaraan buat kali ketiga apabila tewas kepada Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun 18-21, 21-12, 19-21

Gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota mendominasi saingan beregu wanita selepas menundukkan wakil China, Du Yue-Li Yinhui 21-13, 21-15.

Beregu campuran Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti muncu juara selepas menewaskan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai  dari Thailand 21-15, 17-21, 21-8. – REUTERS 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X