Khamis, 24 Oktober 2019 | 11:01pm
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi. - Arkib NSTP
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi. - Arkib NSTP

Aaron-Wooi Yik tersingkir di Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR: Skrip sama terus menghantui beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi.

Pasangan ke-13 dunia itu terpaksa akur apabila tewas kepada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 19-21, 21-13, 21-23.

Ini adalah kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu Aaron-Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar di pusingan 16 terbaik selepas mengalami nasib sama pada Terbuka Denmark, minggu lalu.

Sementara itu, beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut mengalami nasib sama apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Hsu Ya Ching-Hu Ling Fang 16-21, 23-21, 21-23.

Berita Harian X