Ahad, 25 Ogos 2019 | 8:28pm
BEREGU lelaki Malaysia, Yap Roy King dan Ooi Jhy Dar ketika beraksi di final Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Antarabangsa Malaysia 2019 menentang pasangan Justin Hoh dan Fazriq Razif di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BEREGU lelaki Malaysia, Yap Roy King dan Ooi Jhy Dar ketika beraksi di final Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Antarabangsa Malaysia 2019 menentang pasangan Justin Hoh dan Fazriq Razif di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Roy King raih gelaran berganda

PUTRAJAYA: Pemain muda negara, Yap Roy King meraih gelaran berganda apabila muncul juara acara beregu lelaki dan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Malaysia, hari ini.

Roy King, 18, muncul juara beregu lelaki bersama pasangannya, Ooi Jhy Dar selepas menewaskan Justin Hoh-Muhd Fazriq Razif, 21-14, 21-14 dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11.

Pemain berasal dari Johor itu kemudiannya meraih gelaran kedua menerusi acara beregu campuran bersama gandingannya, Gan Jing Err selepas mengatasi Ghana Muhammad Al Ilham-Berliana Alma Pradisa dari Indonesia 21-11, 21-12.

"Penat memang penat tetapi ini bukan kali pertama. Tahun lalu saya bermain dua acara ketika Kejohanan Remaja Dunia di Kanada.

"Apa yang saya lakukan adalah berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan," katanya. 

Roy King bersama Jhy Dar dan Jing Err akan mengalihkan fokus mereka bagi mengharungi saingan Kejohanan Remaja Antarabangsa India bermula 29 Ogos hingga 1 September ini.

Berita Harian X