Ahad, 14 Julai 2019 | 8:34am
PEMAIN tenis Ramonia, Simona Halep.

Serena sudah hilang ancaman - Simona

LONDON: Simona Halep percaya Serena Williams kehilangan unsur ‘ancaman’ luar gelanggang sebelum mereka beraksi di pentyas final semalam.

Halep menundukkan lagenda Amerika itu 6-2, 6-2 pada aksi final Wimbledon sekali gus menjadi warga Romania pertama memenangi gelaran perseorangan di All England Club.

Aksi selama 56 minit itu menjadi pertarungan paling pantas dalam aksi final kejohanan utama buat Serena, yang juga juara Grand Slam sebanyak 23 kali.

Dengan sambutan hari lahir ke-38 tahun semakin hampir, Serena mengimpikan untuk menyamai rekod Margaret Court yang meraih 24 gelaran Grand Slam, namun impian itu nampak belum kesampaian.

“Saya selalu diancam ketika bertemu Serena,” Halep yang kini berusia 27 tahun membuat pengakuan berkenaan.

“Dia adalah inspirasi dan contoh untuk semua orang. Tetapi hari ini sebelum perlawanan saya membuat keputusan untuk memberikan tumpuan terhadap final Grand Slam, bukan kepadanya.

“Sebab itulah saya dapat bermain dengan baik, secara santai dan dapat menjadi positif serta yakin menentangnya.

Itu adalah taktik yang berkesan buat pemain nombor tujuh dunia yang tewas sembilan kali dalam 10 pertemuan menentang Serena. -AFP

Berita Harian X