Sabtu, 13 Julai 2019 | 7:25am
ROGER Federer mara ke final Wibledon ke-12 hari ini selepas menundukkan Rafael Nadal di All England Club, pagi tadi. - Foto AFP
ROGER Federer mara ke final Wibledon ke-12 hari ini selepas menundukkan Rafael Nadal di All England Club, pagi tadi. - Foto AFP

Federer teruja lawan Djokovic di final

LONDON: Roger Federer mara ke final Wibledon ke-12 hari ini selepas menundukkan seteru lama, Rafael Nadal ‘dalam salah satu perlawanan kegemaran’ selepas dia tewas pada perebutan mahkota kejuaraan 11 tahun lalu di All England Club, pagi tadi.

Juara lapan kali yang kini berusia 37 tahun itu mencatatkan kemenangan 7-6 (7/3), 1-6, 6-3, 6-4 dalam pertemuan ke 40 pasangan berkenaan, sekali gus mara ke final Grand Slam dan akan bertemu juara bertahan, Novak Djokovic.

Djokovic, selaku pilihan utama dan juara empat kali mara ke final Wimbledon keenamnya dan kali kelima pada perlawanan utama selepas menyingkirkan pilihan ke-23 dari Sepanyol, Roberto Bautista Agut 6-2, 4-6, 6-3, 6-2.

“Jelas sekali amat tinggi tekanan,” kata Federer ketika diminta menilai mengenai pertemuan bersama Nadal.

“Amat hebat beraksi menentang Rafa di sini.

“Ia menjadi salah satu perlawanan kegemaran saya kerana ia Rafa, ia di Wimbledon.

Federer adalah pemain ketiga paling tua beraksi di final Grand Slam selepas Ken Rosewall membuat kemunculan di final Wimbledon 1974 dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) ketika berusia 39 tahun.

“Novak adalah juara bertahan dan dia menunjukkannya minggu ini,” tambah Federer.

“Dia memang hebat. Saya akan cuba berikan saingan tetapi ia akan menjadi sukar kerana dia adalah pemain nombor satu.

“Tetapi saya tetap teruja.” – AFP

Berita Harian X