Sabtu, 22 Jun 2019 | 10:16pm
Pemain negara, Soong Joo Ven sewaktu menentang pemain Indonesia, Henrikho Kho Wibowo pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019, di Arena Badminton, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof
Pemain negara, Soong Joo Ven sewaktu menentang pemain Indonesia, Henrikho Kho Wibowo pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019, di Arena Badminton, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

Joo Ven tepati ramalan

IPOH: Pemain perseorangan negara, Soong Joo Ven menepati ramalan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019 selepas menyingkirkan rakan senegara, Lim Chong Kim 21-13, 21-15 pada aksi separuh akhir, hari ini. 

Pada perlawanan akhir esok, Joo Ven selaku pilihan utama akan berdepan rakan senegara, Cheam June Wei yang tidak menghadapi masalah menumpaskan seorang lagi wakil negara, Tan Jia Wei, dalam aksi straight set 21-16, 21-10.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong melakar kejutan apabila mengenepikan cabaran beregu dari Indonesia yang juga pilihan kedua kejohanan, Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana, 21-14, 18-21, 30-29. 

Menanti mereka di perlawanan akhir nanti adalah satu pasangan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menumpaskan pasangan negara, Chen Tan Jie-Chia Wei Jie dalam aksi tiga set 20-22, 21-17, 21-17.

Bagi acara beregu wanita, pasangan negara, Pearly Tan Koong Le-T Muralitharan juga melakar kejutan apabila menumbangkan pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Nita Violina Marwah-Putri Syaikah 23-21, 21-18.

Di peringkat akhir, mereka akan bertemu pilihan utama kejohanan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Ribka Sugiarto yang menumpaskan pasangan negara, Anna Ching Yik Chong-Lim Chiew Sin dengan keputusan 14-21, 21-12, 21-17. - BERNAMA

Berita Harian X