Isnin, 25 Februari 2019 | 1:54pm
RATU skuasy negara, Datuk Nicol David. - Foto Owee Ah Chun
RATU skuasy negara, Datuk Nicol David. - Foto Owee Ah Chun

Nicol mara ke pusingan ketiga

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David terus mempamerkan aksi hebat apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 sebentar tadi.

Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu yang juga juara dunia lapan kali mengambil masa 28 minit untuk menundukkan Millie Tomlinson dari England; 11-5, 11-4, 11-7, dalam perlawanan pusingan kedua yang diadakan di Chicago, menurut laman sesawang kejohanan itu https://psaworldchampionships.com.

Nicol, pemain pilihan ke-13 akan berhadapan pemain pilihan kelima Camille Serme dari Perancis pada pusingan ketiga esok.

Nicol mula bertanding dalam kejohanan itu pada 2001 dan memenangi lapan gelaran - kejuaraan yang paling banyak dimenangi oleh seorang wanita. Beliau memenanginya pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Baru-baru ini, Nicol mengumumkan akan bersara secara rasmi pada penghujung musim 2018/2019 Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Jun tahun ini selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam sukan ini. – BERNAMA

Berita Harian X