Selasa, 7 November 2017 | 10:22pm
DUA pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren (kiri) dan Chong Wei Feng peragakan aksi memberangsangkan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Macau, hari ini.
DUA pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren (kiri) dan Chong Wei Feng peragakan aksi memberangsangkan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Macau, hari ini.

Wei Feng, Daren lulus ujian pertama di Macau

KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren memperagakan aksi memberangsangkan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Macau, hari ini.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Tap Seac Multisport Pavilion, Wei Feng yang juga pilihan ketujuh tidak berdepan masalah mengetepikan pemain Amerika Syarikat, Lee Hock Lai 21-12, 21-14.

Daren yang diletakkan selaku pilihan ke-11 turut mudah menyingkirkan pemain Thailand, Mek Narongrit 21-19, 21-11.

Wei Feng akan bertemu pemain Indonesia, Panji Ahmad Maulana, sementara Daren bakal bertemu pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan kedua.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa Cheam June Wei apabila tumpas 13-21, 16-21 di tangan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il, sementara R Satheishtharan terpaksa akur kepada kehebatan pemain Taiwan, Shih Kuei-chun 11-21, 14-21.

Beberapa pemain negara lain akan beraksi pada pusingan pertama esok iaitu perseorangan wanita, Ho Yen Mei; beregu wanita, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei.

Berita Harian X