KUALA LUMPUR: Hasrat dua pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei dan Soo Teck Zhi untuk mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Indonesia tidak kesampaian apabila kedua-duanya tumpas kepada lawan masing-masing pada aksi suku akhir hari ini.
June Wei yang juga naib juara Siri Antarabangsa Malaysia tumpas kepada wakil tuan rumah, Shesar Hiren Rhustavito 13-21, 7-21 dalam perlawanan di Semarang.
Shesar Hiren adalah juara bertahan bagi acara perseorangan lelaki apabila tahun lalu dia menumpaskan Suppanyu Avihingsanon dari Thailand 21-19, 11-21, 21-17.
Sementara itu, juara remaja Asia 2013, Teck Zhi tidak mampu untuk mengejutkan pilihan kelapan dari Thailand, Adulrach Namkul apabil kalah 15-21, 21-14, 13-21.
Pemain profesional, Anna Cheong yang bergandingan dengan Ririn Amelia dari Indonesia berjaya mara ke separuh akhir selepas mengalahkan wakil tuan rumah, Febby Valencia Dwijayanti Gani-Lisa Ayu Kusumawati 21-13, 21-17 dan akan berdepan Agatha Imanuela-Siti Fadia Silva Ramadhani (Indonesia) di separuh akhir esok.