Ahad, 15 Oktober 2017 | 10:27pm
ROGER Federer (kiri) menjuarai kejohanan Shanghai Masters selepas menewaskan seterunya, Rafael Nadal. - Foto AFP
ROGER Federer (kiri) menjuarai kejohanan Shanghai Masters selepas menewaskan seterunya, Rafael Nadal. - Foto AFP

Federer atasi Nadal di Shanghai

SHANGHAI: Roger Federer berjaya menewaskan seteru lamanya, Rafael Nadal dengan kemenangan 6-4, 6-3 untuk menjulang trofi Shanghai Masters dalam pertemuan dua pemain terbaik dunia itu.

Ia adalah gelaran ke-94 bagi legenda Switzerland itu, bagi menyamai kemenangan yang dicatat pemain hebat, Ivan Lendl, dan juga kejayaan kelima berturut-turut dalam pertemuan menentang pemain nombor satu dunia, Nadal.

Nadal mendahului rekod pertemuan secara keseluruhan, dengan 23 kemenangan kepada Federer yang memenangi 14 kali tetapi dia cuba memberi tentangan pada setiap masa.

PEMAIN tenis Sepanyol, Rafael Nadal (kanan) mengucapkan tahniah kepada Roger Federer selepas pemain itu memenangi final Shanghai Masters. - Foto AFP
PEMAIN tenis Sepanyol, Rafael Nadal (kanan) mengucapkan tahniah kepada Roger Federer selepas pemain itu memenangi final Shanghai Masters. - Foto AFP

Pemain nombor dua dunia, Federer memberi tekanan kepada Nadal sejak permulaan servis oleh pemain Sepanyol itu, melakukan break pada permainan pertama - yang mendapat sokongan kebanyakan penonton di arena itu.

Satu lagi break oleh Federer yang berumur 36 tahun dalam permainan kelima pada set kedua membolehkannya meraih gelaran kedua Shanghai Masters - dan juga gelaran keenam pada tahun ini.

"Kami tak fikir yang kami akan melalui tahun seperti ini, saya sudah tentu tidak," kata Federer di dalam gelanggang sambil memandang kepada Nadal, dengan mengatakan tentang kejayaan berterusan mereka di peringkat lanjut karier mereka.

"Ia sangat menyeronokkan dapat berkongsi gelanggang dengan anda hari ini dan saya berharap ia akan berterusan dalam beberapa kejohanan yang tinggal buat kami.

"Saya berbesar hati dapat bermain menentang anda hari ini." - AFP

Berita Harian X