Sabtu, 14 Oktober 2017 | 11:35pm
RAFAEL Nadal (kanan) akan menentang Roger Federer pada aksi final bagi merebut gelaran Shanghai Masters esok.
RAFAEL Nadal (kanan) akan menentang Roger Federer pada aksi final bagi merebut gelaran Shanghai Masters esok.

Nadal, Federer rebut gelaran Shanghai Masters

SHANGHAI, China: Rafael Nadal dan Roger Federer akan bertembung pada aksi final bagi merebut gelaran Shanghai Masters esok.

Kedua-dua bintang tenis terkemuka itu sudah bertemu sesama sendiri sebanyak 37 kali, dengan Nadal, pemain Sepanyol yang kini berada di rangking tertinggi dunia, mencatat 23 kemenangan.

Nadal, 31, yang belum pernah mengecapi kejuaraan di Shanghai Masters, diletakkan sebagai pilihan utama untuk menamatkan kemarau itu berdasarkan prestasi cemerlang tahun ini.

Juara Grand Slam 16 kali itu, yang muncul juara di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka China minggu lalu untuk gelaran keenamnya dalam kempen kali ini.

Namun dalam laluan ke final, dia berdepan saingan sengit daripada pemain pilihan keempat Marin Cilic dari Croatia sebelum menang

7-5, 7-6 (7/3).

Bintang tenis Switzerland, Federer yang kini di ranking kedua dunia dan dalam pemburuan gelaran kedua Shanghai Masters, menewaskan Juan Martin del Potro 3-6, 6-3, 6-3 dalam satu lagi aksi separuh akhir sebentar tadi.

Federer, 36, sebelum pertemuan itu berkata dia mahu menebus kekecewaannya selepas tewas di tangan pilihan ke-16 dari Argentina itu pada suku akhir Terbuka AS musim panas lalu. - AFP

Berita Harian X