Isnin, 25 September 2017 | 9:06am
ROGER Federer menjulang trofi Piala Laver selepas pasukannya, Pasukan Eropah menewaskan Pasukan Dunia. - Foto EPA
ROGER Federer menjulang trofi Piala Laver selepas pasukannya, Pasukan Eropah menewaskan Pasukan Dunia. - Foto EPA
AKSI Roger Federer membalas bola pukulan wakil Pasukan Dunia, Nick Kyrgios. - Foto REUTERS
AKSI Roger Federer membalas bola pukulan wakil Pasukan Dunia, Nick Kyrgios. - Foto REUTERS
WAKIL Pasukan Dunia, Nick Kyrgios ketika beraksi menentang Roger Federer di Piala Laver. - Foto REUTERS
WAKIL Pasukan Dunia, Nick Kyrgios ketika beraksi menentang Roger Federer di Piala Laver. - Foto REUTERS

Tenis: Federer cemerlang kemudi Pasukan Eropah

PRAGUE: Pemain tenis nombor dua dunia, Roger Federer menjamin kemenangan Pasukan Eropah untuk meraih gelaran sulung Piala Laver, selepas menewaskan wakil Pasukan Dunia, Nick Kyrgios, pagi tadi.

Federer yang mengecap gelaran Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini meraih kemenangan 4-6, 7-6 (8/6), 11/9 untuk membantu Pasukan Eropah mendahului kejohanan dengan kedudukan 15-9.

Namun legenda Swiss berusia 36 tahun itu tampak bergelut ketika menentang pemain di ranking ke-20 berkenaan apabila tewas di set pertama, namun berjaya bangkit meraih semangat di set kedua.

RAFAEL Nadal memeluk Roger Federer selepas Pasukan Eropah meraih gelaran sulung Piala Laver. - Foto REUTERS
RAFAEL Nadal memeluk Roger Federer selepas Pasukan Eropah meraih gelaran sulung Piala Laver. - Foto REUTERS

"Saya seperti berasa lega memasuki tie break," kata Federer. "Ia agak mendebarkan, namun secara peribadi, saya rasa ia satu senario yang diimpikan."

"Ia amat menakjubkan dengan perlawanan sebegini, ia lebih baik daripada apa yang saya sangkakan," katanya mengenai kejohanan.

"Ia seperti memenangi perlawanan yang penting dalam hidup saya. Ia seperti cerita dongeng."

Sementara itu, Kyrgios menyifatkan kekalahan itu begitu memedihkan dengan berkata: "Saya memberi sepenuhnya, tetapi ia tidak membantu," - AFP

NICK Kyrgios (kiri) ditenangkan rakan sepasukan dari Pasukan Dunia selepas tewas kepada Roger Federer. - Foto AFP
NICK Kyrgios (kiri) ditenangkan rakan sepasukan dari Pasukan Dunia selepas tewas kepada Roger Federer. - Foto AFP

Berita Harian X