HANOI: Atlet berpengalaman olahraga negara, Iskandar Alwi meraih pingat gangsa buat kali keempat berturut-turut dalam acara lompat bergalah lelaki temasya Sukan SEA 021 di sini, sebentar tadi.
Iskandar mengulangi pencapaian di Singapura pada 2015, selain Kuala Lumpur (2017) dan Filipina (2019) selepas melakukan lompatan setinggi 4.80 meter (m) pada saingan di Stadium Nasional My Dinh.
Filipina menguasai acara berkenaan selepas Ernest John Obiena meraih emas dengan melakukan lompatan setinggi 5.46m manakala rakan senegaranya, Hokett Delos Santos di tempat ketiga dengan ketinggian 5m.
"Alhamdulillah. Allah masih bagi keizinan untuk menang pingat gangsa walaupun prestasi bukan yang terbaik," katanya.
Iskandar sebelum ini dikatakan bergelut dengan kecederaan buku lali namun mendapat lampu hijau untuk turun beraksi hari ini.
Iskandar sebelum ini dikatakan bergelut dengan kecederaan buku lali namun mendapat lampu hijau untuk turun beraksi hari ini.