Isnin, 2 Ogos 2021 | 10:29pm
Jackson tersingkir selepas hanya berjoging ketika ke garisan penamat dalam acara saringan 200 meter, hari ini.
Jackson tersingkir selepas hanya berjoging ketika ke garisan penamat dalam acara saringan 200 meter, hari ini.

OLIMPIK: Jackson tersingkir selepas berjoging ke garisan penamat

TOKYO: Shericka Jackson dikecam hebat gara-gara tindakannya sekadar berjoging melintasi garisan penamat ketika dia tersingkir dari acara 200 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo.

Jackson boleh melangkah ke separuh akhir dengan tempat kedua, namun sekadar menduduki tempat keempat dengan dia dipintas dua pesaingnya ketika perlumbaan menuju ke beberapa meter terakhir.

Pelari pecut yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter itu gagal mengikut jejak dua rakan senegaranya dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce melangkah ke separuh akhir dalam acara pecut jarak jauh itu.

Tindakan anehnya itu dikritik hebat dan ada peminat yang berang dengan menggelarnya sebagai bintang Jamaica 'bodoh'.

Bekas pelari, Steve Cram berkata di BBC: "Shericka Jackson hanya banyak berjoging. Mengapa mengambil risiko sedemikian? Saya minta maaf kerana marah, namun saya bagi pihaknya, bagi pihak jurulatihnya dan rakan sepasukannya. Perkara itu tidak perlu."

Bekas juara dunia dua kali, Colin Jackson berkata: "Dia melihat senarai awal dan berfikir "oh, saya akan menamatkannya dengan cukup selesa.

"Tetapi salah satu perkara yang tidak patut anda lakukan adalah memperlahankan (larian) - anda harus berlari dari permulaan hingga ke penamat," tambahnya. - AGENSI

Berita Harian X