Selasa, 25 Ogos 2020 | 8:32am
Bolt mengesahkan dia menjalani ujian COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah. - AFP
Bolt mengesahkan dia menjalani ujian COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah. - AFP

Bolt kuarantin sendiri

NEW YORK: Legenda acara pecut, Usain Bolt berkata hari ini dia menjalani kuarantin sendiri selepas melakukan ujian COVID-19 apabila dia dilaporkan positif.

Menerusi video di Twitter, pelari Jamaica itu berkata dia tidak mengalami sebarang simptom tetapi dia memberitahu rakan yang pernah bersamanya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Hujung minggu ini, sama seperti orang lain, saya melihat media sosial dan melihat paparan mengatakan saya disahkan dijangkiti COVID-19," kata Bolt.

"Saya membuat ujian pada Sabtu untuk meninggalkan (Jamaica) kerana saya ada kerja," katanya walaupun tidak mengesahkan dia sudah menerima keputusan berkenaan.

"Saya cuba menjadi lebih bertnggungjawab, jadi saya akan kekal di rumah.

"Selain itu saya juga tiada simptom, saya akan melalui kuarantin sendiri dan menanti pengesahan untuk melihat apa protokol perlu dilalui dan melihat apa yang berlaku selepas kuarantin saya lalui menerusi Kementerian Kesihatan.

"Sehingga itu, saya akan menghubungi kawan dan memberitahu mereka jika ada kontak dengan saya, menjalani kuarantin dan tenang," kata Bolt yang berusia 34 tahun Jumaat lalu. - AFP

Berita Harian X