Sabtu, 11 Julai 2020 | 9:38am
BOLT (kanan) bersama jurulatihnya, Mills.
BOLT (kanan) bersama jurulatihnya, Mills.

Hanya Mills boleh pengaruhi Bolt

KINGSTON, Jamaica: Raja pecut Usain Bolt memberi isyarat yang dia mungkin akan keluar daripada persaraan sekiranya diminta oleh bekas jurulatih Glen Mills.

Pemegang rekod 100 dan 200 meter dunia serta juara Olimpik lapan kali itu berkata dia tidak ada perancangan untuk mengidupkan kembali karier pecutnya.

Bagaimanapun bekas atlet berusia 33 tahun itu akan mempertimbangkan keputusannya jika jurulatih veteran Mills meminta dia kembali.

"Jika jurulatih saya kembali dan memberitahu saya, ayuh lakukannya, saya akan lakukan, kerana saya amat mempercayai jurulatih saya.

"Jadi saya tahu apabila dia berkata demikian, ia tidak mustahil. Hubungi Glen Mills, dan saya akan kembali," kata Bolt.

Kali terakhir bertanding di peringkat antarabangsa ialah di Kejuaraan Dunia di London pada tahun tahun 2017, di mana dia memenangi gangsa 100m. - AFP

Berita Harian X