Selasa, 19 Mei 2020 | 1:02pm
Legenda olahraga Jamaica Usain Bolt bersama teman wanitanya Kasi Bennet.
Legenda olahraga Jamaica Usain Bolt bersama teman wanitanya Kasi Bennet.

Jangan main-main dengan saya - Bolt

KINGSTON, Jamaica: Legenda olahraga Jamaica Usain Bolt kini bergelar bapa selepas teman wanitanya Kasi Bennet selamat melahirkan bayi perempuan.

Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness turut mengucapkan tahniah di media sosial di atas kelahiran berkenaan.

"Tahniah kepada legenda pecut, Usain Bolt dan Kasi Bennett dengan kehadiran bayi perempuan," kata Holness.

Menurut laporan media tempatan, anak pasangan berkenaan dilahirkan Ahad lalu.

Bolt, 33, mengumumkan jantina cahaya matanya di media sosial Mac lalu dan secara berjenaka memberi amaran tidak ada siapa boleh mendekati puterinya itu.

"Mana-mana lelaki, jangan cuba main-main dengan saya," kata pemenang lapan pingat emas Olimpik itu.

Bolt, pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter, bersara pada tahun 2017 selepas sedekad mendominasi acara pecut lelaki.

Pada Olimpik 2016, Bolt menjadi satu-satunya atlet meraih emas dalam acara 100 dan 200m buat kali ketiga berturut-turut di temasya itu. - AFP

Berita Harian X