Ahad, 8 Disember 2019 | 6:37pm

Muhammad Haiqal raja pecut baharu Asia Tenggara

CLARK: Muhammad Haiqal Hanafi muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City, di sini, sebentar tadi.

Pelari berusia 20 tahun itu, muncul juara selepas `membakar’ trek dengan kepantasan masa 10.35 saat (s), mengatasi pencabar utama dari Thailand, Ruttanapon Sowan di tempat kedua dengan 10.49s untuk sekali gus bergelar raja pecut baharu Asia Tenggara.

Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand melengkapkan senarai pemenang podium selepas catatan 10.52s cukup untuk menjulangnya di tempat ketiga.

Catatan itu bukan saja memastikan dia mengambil alih status raja pecut Asia Tenggara daripada rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan yang memenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur tetapi juga memperbaharui rekod peribadinya.

Detik itu turut disaksikan Khairul Hafiz, 21 yang kemudiannya turun beraksi dalam acara 4x100m.

MUHAMMAD Haiqal Hanafi (dua dari kiri) meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City. - Foto AFP
MUHAMMAD Haiqal Hanafi (dua dari kiri) meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City. - Foto AFP
Berita Harian X