Rabu, 30 Ogos 2017 | 7:04am
BEKAS juara dunia, Yohan Blake memenangi acara 100 meter (m) kejohanan Cabaran Dunia di Zagreb.
BEKAS juara dunia, Yohan Blake memenangi acara 100 meter (m) kejohanan Cabaran Dunia di Zagreb.

Blake menang 100m di Zagreb

ZAGRED: Bekas juara dunia, Yohan Blake memenangi acara 100 meter (m) kejohanan Cabaran Dunia di Zagreb dengan catatan masa 10.05 saat.

Pelari kedua terpantas sepanjang zaman ini yang menamatkan saingan Kejuaraan Dunia di London pada awal bulan ini di tangga keempat, menewaskan pelari Amerika Syarikat, Mike Rodgers (10.14s) dan rakan senegaranya dari Jamaica, Asafa Powell (10.16s) yang berada di tangga ketiga.

Agak mengejutkan apabila juara dunia 200 meter, Ramil Guliyev dari Turki hanya mampu menamatkan larian di tangga kelima apabila sekadar merekodkan 10.35s. - AFP

Berita Harian X