Ahad, 20 March 2022 | 6:40pm
Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Miguel Oliveira meraikan kejayaannya menjuarai GP Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Kuta, Lombok, Indonesia, hari ini. - Foto REUTERS.
Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Miguel Oliveira meraikan kejayaannya menjuarai GP Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Kuta, Lombok, Indonesia, hari ini. - Foto REUTERS.

Oliveira menang GP Indonesia

MANDALIKA, Indonesia: Pelumba KTM, Miguel Oliveira mempamerkan prestasi cemerlang dalam keadaan litar basah apabila menjuarai Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Kuta, Lombok, di sini, hari ini.

Dia mengatasi juara dunia, Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco ketiga.

Ini adalah kali pertama selepas 25 tahun perlumbaan MotoGP kembali ke Indonesia sejak kali terakhir pada 1997.

Bagaimanapun, perlumbaan hari ini terpaksa ditunda selama 75 minit susulan hujan lebat.

Oliveira mendedikasikan kejayaannya itu kepada anak perempuannya.

"Ia sangat emosi buat saya. Saya berjanji dengan anak perempuan saya untuk membawa pulang kejuaraan dari Indonesia. Jadi, kemenangan ini adalah untuk dia," kata Oliveira.

Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez terlepas perlumbaan hari ini susulan mengalami gegaran otak (concussion) selepas terbabit dengan kemalangan ketika aksi pemanas badan.

Perlumbaan dikurangan kepada hanya 20 pusingan berbanding 27 atas faktor keselamatan disebabkan suhu di litar yang melampau sebelum perlumbaan ditangguhkan beberapa kali kerana hujan lebat.

- AFP

Berita Harian X