Ahad, 20 March 2022 | 5:07pm
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli pada permulaan Perlumbaan 2 Pusingan 2 saingan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia, hari ini.
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli pada permulaan Perlumbaan 2 Pusingan 2 saingan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia, hari ini.

Hakim Danish cemerlang di Litar Mandalika

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sekali lagi cemerlang apabila menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan 2 saingan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia, hari ini.

Masih segar dengan kejayaan muncul juara Perlumbaan 1, semalam Hakim yang bermula di petak kedua mempamerkan tunggangan yang konsisten apabila menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat dengan catatan masa 28'06.916 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba dari Jepun, Gun Mie yang ketinggalan 0.272s di belakang Hakim manakala rakan senegaranya, Shinya Ezawa mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga dengan perbezaan 1.488s.

Dengan pencapaian muncul juara dalam dua perlumbaan, Hakim ketika ini mendahului kedudukan keseluruhan apabila mengumpul 72 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Farish Hafiy menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dan menduduki tangga kesembilan keseluruhan.

Semalam, Hakim yang turut bermula di petak kedua mengungguli saingan Pusingan 1 dengan catatan masa 28'08.357s.

Berita Harian X