Isnin, 17 Januari 2022 | 8:41pm
Putera Adam Halim meraikan kejayaan memenangi perlumbaan Kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang.
Putera Adam Halim meraikan kejayaan memenangi perlumbaan Kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang.

Putera Adam sasar lebih aktif berlumba tahun depan

KUALA LUMPUR: Pelumba Go-kart negara, Putera Adam Halim meletakkan impian untuk beraksi dalam perlumbaan touring secara lebih serius bermula tahun depan.

Putera Adam yang menjuarai kategori senior Kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang semalam berkata, dia sudah mula 'jatuh cinta' dengan perlumbaan sebegitu selepas menyertai beberapa kejohanan tahun lalu.

"Tahun lalu, Putra menyertai program rookie Toyota Gazoo. Ada enam perlumbaan, pada mulanya sukar juga nak sesuaikan diri dengan kereta kerana manual.

"Sedikit bergelut tetapi Alhamdulillah, pada dua perlumbaan terakhir, kami dapat meraih dua kemenangan. Selepas itu, Putera menyertai Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) dan Perlumbaan Endurance 1000km Sepang (Sepang S1K).

"Dalam perlumbaan MCS, Putera memandu seorang dan meraih tempat kedua keseluruhan. Begitu juga di S1K, selepas sembilan jam perlumbaan. Harap pada tahun ini, Putera dapat menyertai tiga perlumbaan ini lagi," kata Putera Adam yang mula bergiat aktif dalam arena go kart sejak berusia 8 tahun lagi.

"Tahun ini Putera ada peperiksaan, harap pada tahun depan, boleh menyertai dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan touring pula," katanya.

Berita Harian X