Khamis, 13 Januari 2022 | 9:10pm
Prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali (kiri) bersama CEO Telcowin, Hafiz Izwan.
Prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Datuk Razlan Razali (kiri) bersama CEO Telcowin, Hafiz Izwan.

Telcowin taja WithU Yamaha RNF MotoGP

KUALA LUMPUR: Pasukan MotoGP, WithU Yamaha RNF MotoGP menyambut 'kehadiran' salah satu daripada dua penaja dari Malaysia bagi kempen di Kejuaraan Motosikal Dunia 2022.

Pasukan diterajui Datuk Razlan Razali itu menerima tajaan selama setahun daripada perunding teknologi tempatan, Telcowin sekali gus membawa jenama Malaysia ke persada Eropah.

"Kami berbangga dan teruja untuk menyambut rakan baharu dari Malaysia, Telcowin bersama WithU Yamaha RNF MotoGP Team.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya mempunyai hubungan baik untuk syarikat Malaysia yang berminat bekerjasama dengan pasukan ini sebagai satu platform mencapai aspirasi dan penampilan mereka di peringkat antarabangsa.

"Daripada pertemuan pertama kami, saya gembira dapat bekerja bersama dengan sebuah pasukan yang dinamik yang bermula dari peringkat bawah di Malaysia namun mampu membangun dengan pantas dan mempunyai keinginan untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa.

"Selari dengan aspirasi Telcowin, kami meneroka lembaran baharu dan menyasarkan untuk mencapai potensi tertinggi dan menang bersama," kata Razlan.

Telcowin ditubuhkan sekitar 2007 sebagai sebuah penyedia pengurusan aset digital yang menyediakan penyelesaian dan implimentasi perkhidmatan dokumen pendigitalan sebelum mengembangkan perkhidmatan mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Visi kami adalah untuk melihat pasukan dan syarikat kami membangun bersama untuk meraih pencapaian diinginkan. Kami sangat berbangga kerana dapat bersama dengan pasukan MotoGP ini bagi membawa bendera Malaysia di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Telcowin, Hafiz Izwan Mohd Ariffin.

Berita Harian X