Ahad, 19 Disember 2021 | 5:56pm
Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar meraikan kejayaan memenangi Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS dan keseluruhan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan, hari ini. - Foto ihsan Cub Prix Malaysia.
Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar meraikan kejayaan memenangi Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS dan keseluruhan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan, hari ini. - Foto ihsan Cub Prix Malaysia.

Azroy Hakeem juara Cub Prix Malaysia

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam saingan Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas CP150, hari ini.

Selepas dua hari meredah hujan dan banjir, pelumba Cub Prix akhirnya menikmati cuaca yang cukup sempurna untuk perlumbaan terakhir musim 2021 di Litar Sepang Selatan, Sepang dekat sini.

Walaupun kedudukan pendahulu kejuaraan dipintas Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing di Pusingan 9, semalam namun Azroy tidak patah semangat apabila berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 14 minit 13.682 saat (s) dalam Pusingan 10.

Kemenangan dilakar itu sekaligus mengesahkan kedudukan Azroy sebagai juara CP150 apabila mengumpul 163 mata.

"Perlumbaan tadi memang mencabar kerana terlalu ramai pelumba-pelumba Yamaha yang berada di depan. Sebab itu, saya memilih strategi yang lebih selamat. Musim ini juga agak mencabar bagi kami semua.

"Agak sukar untuk mendapat momentum apabila penganjuran perlumbaan terpaksa ditangguh akibat pandemik COVDI-19. Namun, saya amat bersyukur mendapat peluang untuk menamatkan musim 2021 dengan kejayaan yang diidamkan selama ini. Saya akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan prestasi kami dalam musim hadapan," kata Azroy.

Pelumba Yamaha GenBlu AHM Motor Sports, Ahmad Fazrul Sham menamatkan perlumbaan terakhir musim ini di kedudukan kedua dengan catatan masa 14:13.700s manakala Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan menduduki tempat ketiga dengan 14:13.702s.

Pesaing terdekat Azroy, Ahmad Afif Amran, menamatkan perlumbaan penutup tirai di tempat kelima dan terpaksa akur di tangga kedua keseluruhan dengan 157 mata manakala Mohd Akid Aziz menamatkan musim 2021 di tangga ketiga dengan 135 mata.

Keputusan:

CP150 -

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 14:13.682s

2. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha, Yamaha GenBlu AHM Motor Sports) 14:13.700s

3. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang), 14:13.702s

CP125 -

1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11:08.299s

2. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 11:08.391s

3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 11:08.636s

Wira KBS -

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10:03.201s

2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10:03.273s

3. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 10:03.342s

Kedudukan keseluruhan:

CP150 -

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team) 163 mata

2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 157 mata

3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing team), 135 mata

CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team) 165 mata

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 145 mata

3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 143 mata

Wira KBS -

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS sprinta Yamaha-31 Racing) 148 mata

2. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing) 133 mata

3. Mohd Harith haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team) 131 mata

Berita Harian X