Ahad, 5 Julai 2020 | 11:22pm
PEMANDU Mercedes dari Finland, Valtteri Bottas. - Foto AFP
PEMANDU Mercedes dari Finland, Valtteri Bottas. - Foto AFP

Bottas menang GP Austria

SPIELBERG, Austria: Pemandu Mercedes dari Finland, Valtteri Bottas memenangi aksi pembukaan Formula Satu (F1) musim ini, Grand Prix (GP) Austria, di sini, sebentar tadi, yang tertangguh sebelumnya gara-gara penularan pandemik coronavirus.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc menduduki tangga kedua dalam saingan sengit yang turut menyaksikan seramai 14 daripada 20 pelumba berlutut tanda solidariti kepada anti perkauman di petak permulaan sebelum bermulanya perlumbaan.

Lando Norris yang mewakili McLaren di tempat ketiga bagi podiuum pertamanya, mengenepikan cabaran pemandu Mercedes yang juga juara dunia dari Britain, Lewis Hamilton. - AFP

Berita Harian X