PARIS: Pemandu Formula Satu (F1) dari Australia, Daniel Ricciardo bakal bersama pasukan McLaren musim depan selepas menandatangani kontrak panjang bagi menggantikan Carlos Sainz.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan British itu, hari ini, Ricciardo bakal bergandingan bersama pemandu dari Britain, Lando Norris.
Ferrari juga dijangka mengumumkan kemasukan Sainz, yang bakal mengambil tempat juara dunia empat kali, Sebastian Vettel, tahun depan. - AFP