Ahad, 29 March 2020 | 9:16am
Ketua pasukan Ferrari, Mattio Binotto. - Foto essentiallysports.com
Ketua pasukan Ferrari, Mattio Binotto. - Foto essentiallysports.com

F1 lanjut hingga Januari

ROME: Ketua pasukan Ferrari, Mattio Binotto percaya perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini yang terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 hanya akan tamat pada Januari depan.

Penularan wabak itu memberi impak yang besar terhadap penganjuran acara sukan apabila terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Tidak terkecuali, saingan perlumbaan F1 yang menyaksikan Grand Prix (GP) Bahrain, Vietnam, China, Belanda, Sepanyol dan Azerbaijan sudah pun ditunda.

Sebelum itu, saingan pembuka tirai di Australia dibatalkan termasuk di Monaco.

"Kami memutuskan untuk memberi kebebasan kepada FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) untuk menentukan mengenai penjadualan semula perlumbaan musim ini.

"Kami sedang melihat beberapa pilihan yang ada. Jika kamu membuat keputusan yang tepat berhubung penjadualan semula, tidak mustahil dua atau tiga perlumbaan boleh diadakan pada Januari," katanya.

Saingan musim 2020 dijangka hanya bermula di Kanada pada 14 Jun depan.

Terdahulu, bos F1, Chase Carey memaklumkan saingan musim ini berkemungkinan dikurangkan antara 15 hingga 18 perlumbaan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X