X
Sabtu, 21 March 2020 | 7:14pm
 Lewis Hamilton tiada simptom dijangkiti COVID-19.
Lewis Hamilton tiada simptom dijangkiti COVID-19.

Hamilton bebas COVID-19

LONDON: Lewis Hamilton mengesahkan dia sihat dan tiada simptom selepas dikhuatiri dijangkiti COVID-19.

Juara Formula Satu itu (F1) itu menghabiskan masa dengan dua individu yang didapati positif wabak terbabit sekali gus menimbulkan kemungkinan dia turut sama dijangkiti.

Namun, menerusi ciapannya, dia berkata timbul spekulasi mengenai kesihatan saya selepas saya berada pada acara yang menyebabkan dua individu positif COVID-19.

“Saya ingin memaklumkan saya dalam keadaan baik, sihat dan bersenam dua kali sehari.

“Saya tiada simptom dan kini sudah 17 hari selepas saya bertemu Sophie dan Idris. Saya sentiasa menghubungi mereka dan gembira mereka juga OK.

“Saya sudah berjumpa doktor dan dua kali melakukan semakan sama ada saya perlu melakukan ujian tetapi sebenarnya, ujian adalah terhad dan ada lagi orang yang lebih memerlukannya berbanding saya.

“Lebih-lebih lagi saya tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Apa yang saya lakukan adalah saya mengasingkan diri beberapa minggu ini dan menjarakkan diri dengan orang ramai,” katanya. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X